Saturday, March 13, 2021

Cara Mudah Belajar Linux dalam Windows 10

Jom kita belajar Linux guna Kali Linux dalam Windows 10.

Sambil-sambil tu boleh cuba security tools yang ada dalam Kali.

Kita install 

  1. Windows System for Linux (WSL)
  2. Kali Linux, dan
  3. XFCE desktop manager. 

Memula kena set upkan Windows System for Linux (WSL)

 1. right click on the Start Button 
 2. Pilih Windows PowerShell (mode Admin). Jika dah ada WSL(skip langkah ini)

copy dan paste command berikut dan tekan Enter untuk run :

Enable-WindowsOptionalFeature -Online -FeatureName Microsoft-Windows-Subsystem-Linux

3. Reboot  PC.

Install Kali Linux plak

1. Next, kita install Kali Linux.  Cari Kali Linux dalam Microsoft App store app or klik disini untuk buka terus (klick this link to open it directly).
2. Klik butang Get untuk download dan install
3. Lepas install klik butang Launch atau cari shortcut dalam Start Menu atau boleh terus ke PowerShell atau command prompt dan taip Kali kendian tekan Enter. Untuk kali pertama instalasi dan konfigurasi kena la selesai dulu. Ini mengambil masa sedikit ya ! Bawak bersabor


4. Lepas siap kita setkan WSL username dan password, silalah ikut secukup rasa untuk create. Ini diperlukan masa nak guna SUDO command.


 Kita setkan UI guna Desktop Manager XFCE

1. Sebelum kita nak ada Desktop Manager cam Windows tu kena install utiliti yang power dalam Linux iaitu  wget bagi membolehkan kita memuat turun fail dari http. Jgn lupa kalau dia tanya password gunakan yg kita dah create kat step atas tadi. Tekan Y untuk proceed untuk download dan terus intalasi.

sudo apt-get install wget




2. Dah siap install wget, kita proceed langkah seterusnya untuk download scripts instalasi

wget https://gitlab.com/kalilinux/build-scripts/kali-wsl-chroot/-/raw/master/xfce4.sh

3. Lepas tu kita run script instalasi tadi, ambik masa sket tp berbaloi kalau jawab soalan yang ditanya dengan betul.

sudo sh xfce4.sh

4. Selesai je , kita dah boleh start xrdp server supaya boleh guna Remote Desktop untuk akses server tu.

sudo /etc/init.d/xrdp start

5. Bila xrdp server dah run kita dah boleh guna Remote Desktop guna mstsc kat windows kita untuk connect 127.0.0.1:3390



6. Dah leh login guna username dan password yang kita dah create tadi.


7. Best practises selepas guna, kita shutdown dengan betul

sudo /etc/init.d/xrdp stop

Rasanya kita dah boleh sama-sama tingkat pengetahuan sebab dah boleh guna dalam laptop atau PC yang sama. Tak perlu lagi nak dual boot tapi ni sekadar teknik mungkin ada yg lebih baik lagi. 

Tolong komen dibawah jika ada apa2 yang boleh dikongsikan

#blajarSampaiLiangLahad
#kompetensiPenerajuWawasan

1 comment:

  1. Thanks for the always useful information. This is great information to help peoples and nice article written by writer. CnX Player is a powerful & efficient 4K ultra HD enabled video player for Windows 10 PC & Tablet, Android and iOS – iPhone & iPad.

    Download Media Player for Windows 10 - Microsoft Store
    Download Video Player for Android from Google Play
    Download Video Player for iPhone/iPad from Apple App Store

    ReplyDelete