Wednesday, August 6, 2014

Command Ubuntu Part 3 - Link Folder Secara Symbolic Link Dalam Ubuntu

Apa itu symbolic link atau symlink ?

Ianya merupakan satu fail yang mengandungi rujukan ke file atau directory ditempat lain.
Ianya wujud sejak tahun 1978 dalam OS DEC dan RDAS. Ianya banyak digunakan dalam GNU/Linux, FreeBSD dan MacOS. Sementara dalam Windows (XP , 7 dsbnya) ianya dikenali sebagai shortcut.

Ada dua jenis symlink:

Iaitu hard dan soft. Soft symlink adalah seperti shortcut dalam windows XP. Apabila kita membuka softlink ia akan arahkan pada folder tempat file asal disimpan.

Sementara itu bagi hard link, file atau folder yang dimaksud ada di lokasi hard link seperti  file berada di lokasi yang sama dengan hard link. 

Kegunaan 
  • Memudahkan akses sesuatu fail dari lokasi yang berbeza - erm ... mmg best kalau dalam console tak yah nak taip panjang2 setiap kali nak akses file/directory.
  • Data mudah diuruskan kerana ianya berada dalam satu folder dan hanya akses melalui symlink yg diwujudkan.
  • Menjimatkan ruang hard disk kerana tidak perlu meng-copy file dari lokasi asal ke lokasi yang lebih mudah di akses.
Caranya

ln -s folder_asal  lokasi_shortcut

1:  sudo ln -s /home/ali/webapp /var/www/webapp